Tuesday, July 12, 2005

AFTA dan kesannya




SEMENJAK dua tahun belakangan ini, Kawasan Perdagangan Bebas Asean atau AFTA semakin kerap diperkatakan di kalangan usahawan Malaysia. Malah tempoh pelaksanaan AFTA juga semakin hampir, iaitu pada 2003. Walau bagaimanapun, kesan-kesan AFTA terhadap ekonomi Malaysia masih belum dibincangkan secara meluas.

AFTA ialah perjanjian liberalisasi perdagangan di peringkat Asean. Negara-negara ASEAN bersetuju melaksanakan AFTA pada 2003. Apabila pelaksanaan AFTA berkuat kuasa, maka negara ASEAN termasuk Malaysia hanya dibenar mengenakan cukai tidak melebihi 5% terhadap barang-barang yang diimport. Hal ini merupakan kaedah pembukaan pasaran Malaysia kepada negara luar yang terbesar semenjak negara ini merdeka.

Barang-barang elektrik dan elektronik dari luar yang dicukai lindung ( tarif) untuk mengelak harganya lebih murah daripada keluaran dalam negara tidak lagi boleh dikenakan tarif. Begitu juga hasil pertanian, perkhidmatan, atau kenderaan. Kesan terbesar akibat AFTA tentulah produk-produk buatan Malaysia agak sukar bersaing dengan barangan import kerana kos penge-luaran di Malaysia yang mahal berikutan kos sara hidup pekerja industri yang tinggi berbanding Thailand, Indonesia, mahupun China.

Walau bagaimanapun, kesan-kesan serius AFTA terhadap ekonomi Malaysia masih agak kabur. Lantaran itu, suasana perniagaan masih sangat tenang di Malaysia dan rakyat-nya kelihatan tidak bimbang Namun, AFTA tetap akan memberikan ancaman besar ke-pada ekonomi negara. Kesan paling serius akibat pelaksanaan AFTA dijangka akan menimpa kepada sektor perindustrian kecil dan sederhana (IKS) serta industri tekstil. Misalnya, pembuatan perabot kecil-kecilan, barang-barang logam, atau industri mem' buat pakaian. Sektor tersebut tidak mempu-nyai jaminan kualiti tertentu. Apatah lagi menepati piawaian kualiti antarabangsa.


Apabila tarif dihapuskan, maka barang-barang yang sama kualiti atau lebih baik tetapi murah harganya dari negara China, Indonesia, atau Thailand akan masuk ke negara ini dalam kuantiti besar. Sebelum AFTA dilaksanakan pun produk-produk tertentu dari negara China, misalnya barangan logam, alat tulis, dan pakaian sudah sedia dijual dengan harga yang murah. Barang-barang itu boleh dijual pada paras serendah harga modal pengeluaran di kilang pengeluar-pengeluar tempatan. Selepas AFTA, tentulah harga produk terbabit akan menjadi terlalu murah sehingga mustahil mampu disaingi oleh produk dalam negara.

Begitu juga dengan barangan perabot keluaran Indonesia yang berharga lebih murah daripada perabot tempatan dan dibuat menggunakan kayu yang lebih bermutu berbanding perabot kayu getah buatan Malaysia. Manakala sektor pembuatan barangan plastik akan menghadapi ancaman dari Thailand. Biarpun sesetengah produk buatan Thailand tidak begitu bermutu, harganya dua tiga kali ganda lebih murah daripada buatan tempatan. Produk ini mendapat sambutan dari pengguna-pengguna yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Sektor seterusnya yang akan terjejas teruk ialah pertanian. Biarpun, hasil pertanian Malaysia pada waktu ini masih men-dominasi pasaran, terdapat kebimbangan bahawa prestasi ini tidak akan bertahan selepas AFTA dilaksanakan. Hasil pertanian Malaysia hanya mampu bersaing pada ketika ini kerana ban-tuan subsidi dan cukai lindung yang dikenakan terhadap hasil pertanian negara jiran. Begitu pun, sesetengah hasil pertanian Thailand dan Indonesia tetap lebih murah daripada keluaran dalam negara. Apatah lagi, sayur-sayuran keluaran Cameron Highlands semakin meningkat harganya akibat peningkatan harga baja dan racun makhluk perosak.


Hasil pertanian Thailand didapati dijual pada kadar setengah harga hingga dua tiga kali lebih murah. Tomato dari Thailand misalnya dijual secara borong pada paras harga RM14-RM20 untuk 20 kilogram sedangkan tomato Cameron Highlands mencecah sehingga RM40 bagi kuantiti yang sama. Manakala, keluaran Indonesia seperti kubis dijual sekali ganda lebih murah berbanding kubis keluaran Cameron Highlands. Memang kualiti sayuran Indonesia yang ditanam di tanah tinggi Sumatera tidak begitu baik. Walau bagaimanapun, jika tanpa cukai yang tinggi, harganya akan menjadi sangat murah sehingga pembeli mendapat keuntungan besar membelinya. Biarpun terpaksa membuang sebahagian sayuran yang rosak, hal ini pasti tidak menjadi masalah.

Bekalan ikan terutama bagi pasaran pantai barat Semenanjung Malaysia seperti Perak, Selangor, dan Negeri Sembilan pada waktu ini semakin didominasi oleh hasil tangkapan dari Selatan Thailand. Selepas AFTA, ikan-ikan berkenaan dijangka akan menguasai pasaran seluruh negara. Hal ini berlaku kerana ikan yang ditangkap oleh nelayan Malaysia lebih tinggi kerana kenaikan harga diesel, kenaikan harga alat ganti hot, dan kos pengangkutan ikan ke pasar yang tinggi. Barangkali industri yang paling terjejas ialah automobil, biarpun Malaysia menangguhkan pembukaan pasaran automobil tempatan kepada produk asing sehingga 2005.

Namun, tempoh terdesak mengejar kualiti pembuatan kereta dilihat sukar untuk mencapai kejayaan memandangkan Malaysia masih kekurangan tenaga mahir dalam pembuatan enjin dan rekaan model kereta. Biarpun setelah beberapa tahun diperkenalkan ke lebih 20 negara, penguasaan kereta nasional Proton di pasaran antarabangsa tetap mengecewakan. Proton telah menghasilkan model Waja yang menyamai kualiti kereta luar negara dalam kelasnya manakala Perodua pula menghasilkan Kelisa. Tetapi, jualan di luar negara bagi model-model bertaraf antarabangsa itu masih terhad. Pasaran dalam negara memang lumayan buat Proton yang menguasai 80% pasaran.

Begitu juga dengan Perodua. Namun, segala itu berlaku dengan bantuan cukai lindungan yang tinggi terhadap kereta import. Kereta mewah seperti Mercedes Benz misalnya dicukai sehingga 200 % menjadikan harga jualannya dua kali ganda lebih mahal daripada harga sebenar. Malah, kereta model sedan buatan Korea Selatan seperti KIA Sephia yang menyamai kualiti Proton Wira dijual pada harga RM69 000. Sebenarnya semua harga ini telah dicukai lindung sebanyak dua kali ganda jualan asal. Bayangkan berapa harga sebenar kereta tersebut jika AFTA dilaksanakan? Ketika ini, gergasi pemasang kereta Asia Tenggara, Thailand yang mendapat jolokan "Detroit Asia" telah menuntut pampasan terhadap Malaysia kerana menangguhkan pembukaan pasaran automobil.

Thailand menjangkakan mampu menguasai sehingga 30% pasaran automobil Malaysia. Berita ini bukan suatu yang menyenangkan kerana harga kereta Thailand secara relatifnya lebih murah. Apatah lagi kereta-kereta yang dipasang sepenuhnya di Jepun atau Korea Selatan yang lebih bermutu hanya boleh dicukai 5% sahaja. Hanya industri yang berasaskan kualiti diyakini mampu bertahan menghadapi persaingan dalam AFTA. Produk atau perkhidmatan berkualiti yang ditawarkan kepada rakyat Malaysia dengan tidak banyak berbeza daripada kualiti yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat negara Barat atau Jepun akan menjadi produk dan perkhidmatan yang berdaya saing. Produk dan perkhidmatan seperti ini dihasilkan oleh syarikat-syarikat bermodal besar, seperti Telekom, TNB, Maybank, dan lain-lain.


Walau bagaimanapun, terdapat juga ancaman dari segi harga. Misalnya pengendali perkhidmatan telekomunikasi terbesar Malaysia, Telekom Berhad telah menaikkan caj harga panggilan telefon. Sedangkan syarikat-syarikat telekomunikasi besar dari Barat mampu memberikan kualiti perkhidmatan yang sama tetapi dengan bayaran yang lebih rendah. Pembukaan pasaran bermakna syarikat-syarikat luar negara dibolehkan membuka cawangan perkhidmatannya di Malaysia. Tentunya kerajaan akan melakukan sesuatu demi menyelamatkan industri negara tetapi akan berlawanan dengan perjanjian AFTA. Akhirnya, untuk memuaskan hati syarikat-syarikat gergasi Barat, syarikat-syarikat perkhidmatan penting negara seperti Telekom, TNB, atau MAS terpaksa dijual separuh sahamnya kepada pemodal luar.

Perkara ini akan terjadi seandainya syarikat-syiarikat terbabit tidak berdaya maju, mengalami kerugian, atau tidak mampu merendahkan harga jualan produk atau caj perkriidmatan mulai sekarang. Para pemerhati ekonomi khuatir dengan langkah bertenang Malaysia menjelang tempoh pelaksanaan AFTA. Penstrukturan semula ekonomi yang lambat dan reformasi pengurusan syarikat korporat yang lembap memburukkan lagi keadaan. Tidak dinafikan bahawa Malaysia adalah negara penting dan menjadi rujukan dunia dalam menghasilkan polisi-polisi ekonomi yang radikal. Malaysia melahirkan pelbagai kejutan dasar ekonomi untuk survive dalam waktu yang paling mencabar. Krisis mata wang 1997-98 telah membuktikannya. Dengan langkah ka;walan modal yang radikal, Malaysia berjaya menyelamatkan ekonominya. Tidak mustahil pemimpin Malaysia bercita-cita untuk melakukan sekali lagi langkah serupa ketika berdepan dengan arus liberalisasi perdagangan AFTA.

Namun, ada beberapa isu yang kritikal, idea radikal, dalam polisi ekonomi tidak sesuai diguna pakai menghadapi AFTA yang menjadi rejim pasaran, jangka panjang. Tidak dinafikan, idea kawalan modal yang diambil dari negara China amat berjaya dan Perdana Menteri Malaysia telah beberapa kali mencontohkan negara China dalam ulasan-ulasannya mengapa Malaysia perlu melaksanakan kawalan modal. Namun, timbul persoalan apabila China bersungguh-sungguh untuk menyertai Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan berjanji akan membuka seluas-luasnya pasaran dalam negara menjelang 2005. Komitmen China dalam membuka pasaran akan menyebabkan Malaysia kehilangan sekutu seandainya negara ini mengamalkan polisi penangguhan pelaksanaan AFTA atau sebarang polisi perlindungan terhadap industri-industri tertentu.

Tanpa tindakan penangguhan atau apa-apa polisi perlindungan terhad, maka diramalkan suasana ekonomi Malaysia akan menjadi tidak menentu selepas 2003. Hal ini akan dimulai dengan penarikan keluar pelabur-pelabur asing yang memindahkan operasi industrinya ke Thailand dan Indonesia kerana kos buruh di Malaysia agak tinggi. Malaysia agak kurang berjaya dalam tempoh 10 tahun belakangan ini dalam menghasilkan tenaga buruh mahir dan separuh mahir, iaitu sesuatu ynng amat berguna bagi peralihan asas industri kepada industri berteknologi tinggi dan menarik minat pelabur-pelabur baru untuk membuka industri berteraskan kemahiran dan kepakaran. Malangnya, Malaysia masih dikenali sebagai negara tenaga buruh murah dengan bayaran upah serendah RM400 sebulan. Manakala sesetengah syarikat asing terpaksa melabur di negara ini hanya kerana ingin menjual produk bagi pasaran dalam negara berikutan cukai lindungan yang tinggi.

Apabila tarif telah tiada dan cukai hanya 5% sahaja, tiada masalah untuk mereka mengilang produk di luar Malaysia dan mengeksportnya. Kesempatan ini akan diguna sebaik-baiknya oleh Indonesia dan Thailand untuk melobi keluar pelabur-pelabur asing di Malaysia. Begitu juga bagi sektor IKS yang tidak mempunyai tahap kualiti tertentu dan terlalu bergantung kepada harga jualan murah produk mereka dalam pasaran tempatan.Senario iniakan menyaksikan ketewasan dalam produk import dari China, Thailand persaingan antara produk-produk import dari China,Thailand atau Indonesia. Kesannya, berlakulah penutupan atau kemerosotan kepada pelbagai jenis industri dan perniagaan yang diusahakan oleh rakyat Malaysia. Maka pengangguran pun akan berleluasa. Pelan strategik kerajaan dalam menghadapi situasi buruk ini tentulah mengaktifkan industri berasaskan teknologigi maklumat dan komunikasi (ICT). Malaysia mempunyai beberapa kelebihan dari segi kemudahan ICT, misalnya Koridor Raya Multimedia (MSC). Tetapi, perubahan sektor pekerjaan buruh manual kepada industri ICT hanya mampu dikecapi oleh generasi muda yang telah berjinak-jinak dengan internet atau berpendidikan sains komputer. Bagaimana pula dengan generasi tua, misalnya pekerja kilang atau petani yang mungkin akan hilang sumber pendapatan? Industri berasaskan ICT juga semakin dicabar oleh penguasaan tenaga mahir upah murah dari India yang berpusat di Banglore dan Mumbai.

Filipina juga semakin ke hadapan dalam penyediaan tenaga mahir ICT seperti pembina portal / laman web dan jurutera perisian yang bergaji rendah. Masalah besar bagi Malaysia ialah tenaga mahirnya yang mahal. Hal ini disebabkan oleh kos sara hidup yang tinggi. Barangkali inilah masalah paling besar yang perlu diselesaikan oleh kerajaan untuk berdepan dengan cabaran AFTA, iaitu berusaha untuk menurunkan kos sara hidup rakyat Malaysia. Sekali gus, semua ini akan merendahkan kos tenaga mahir dan menjadikan Malaysia kompetitif dalam menarik minat pelabur asing melabur dalam industri berasaskan ICT. Atau, strategi jangka masa panjang; bertindak memajukan sektor Penyelidikan dan Pembangunan (R&.D) tempatan sehingga mampu mencipta pelbagai barangan bermutu setanding atau mengatasi keluaran negara-negara maju. Alternatif lain ialah melaksanakan rancangan penstrukturan semua pendidikan dan pekerjaan rakyat Malaysia secara besar-besaran. Generasi tua pekerja industri dilatih dengan ilmu kemahiran pengeluaran dan pembuatan berasaskan teknologi pengkomputeran terkini. Manakala, petani dan penternak pula diajar ilmu bertani dan menternak yang lebih baik bagi meningkatkan jumlah dan kualiti hasil dengan kos yang efisien.

Namun, pelan ini memakan masa yang panjang serta memerlukan biaya besar untuk dilaksanakan. Malah, sepatutnya semua ini sudah bermula sejak empat lima tahun dahulu. Pelan segera ialah mempertahankan sektor-sektor swasta bermodal besar daripada terlepas ke tangan pemodal asing. Caranya ialah dengan mereformasi budaya pengurusan dan ketelusan prosedur pelantikan ke jawatan-jawatan tinggi syarikat. Pengurusan yang lemah seperti di Tabung Haji, Renong, atau MAS yang mencatatkan banyak kerugian perlulah digantikan dengan yang lebih baik. Hindari pelantikan kehormat tokoh-tokoh tertentu yang tidak terbukti kewibawaannya dalam pengurusan atau perniagaan ke jawatan-jawatan penting atau sebagai penasihat syarikat. Pelantikan mestilah berdasarkan merit yang memperincikan kejayaan seseorang tokoh dalam dunia perniagaan dan pengurusan.

Sesungguhnya masa telah terlalu suntuk untuk bersantai dan memikirkan strategi. Globalisasi dalam kerangka penjajahan bentuk baru seperti yang diuar-uarkan oleh pemerintah telah menanti di depan pintu. Selepas tahun 2003, suasana ekonomi Malaysia tidak akan sedamai sekarang. Hanya syarikat, industri, atau pengendali perkhidmatan yang berdaya saing dan pandai mampu membuat keuntungan sahaja yang akan bertahan atau mungkin mampu menjadi pemain penting dalam ekonomi Asia malah dunia. Sebaliknya, bagi syarikat yang bermasalah, tidak menepati kualiti dan harga jualan produk yang mahal, perlulah bersiap sedia menutup operasi atau dibeli oleh syarikat asing yang lebih besar jika tidak merubah budaya kerja, kemahiran pekerja, dan keefisienan pengurusan mulai sekarang.

Monday, July 11, 2005

Tan Sri Mahaleel dan proton


Penasihat Proton Tun Dr Mahathir Mohamad hari Selasa mempertahankan ketua pegawai eksekutif (CEO)nya Tengku Tan Sri Mahaleel Tengku Ariff yang dilaporkan menghadapi masalah kerana mengkritik dasar automotif kerajaan.Bercakap di satu sidang akhbar yang dihadiri ramai pemberita, bekas perdana menteri itu berkata, Tengku Mahaleel bertanggung jawab untuk melindungi pembuat kereta nasional itu.Beliau juga berkata bahawa tiada langkah untuk mengetepikan Tengku Mahaleel sebagai CEO dan juga tiada pengeluaran surat tunjuk sebab diberikan kepadanya, seperti yang dilaporkan secara meluas dalam media sejak beberapa hari lepas.


Dr Mahathir juga mempersoalkan cara Permit Kelulusan Untuk Mengimport (AP) dikeluarkan sejak kebelakangan ini untuk membawa masuk kereta-kereta import, sambil menyatakan tumpuan diberikan kepada beberapa buah syarikat berbanding kepada bilangan yang lebih banyak dan ini bertentangan dengan semangat untuk memupuk keusahawanan Bumiputera.Dr Mahathir yang mengilhamkan kewujudan proton yang kini berusia 20 tahun Isnin telah menemui pengerusi Proton Datuk Azlan Hashim di mana beliau telah cuba mendapatkan gambaran yang lebih jelas kontroversi yang berkisar sekitar Tengku Mahaleel.



Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mempengerusikan satu mesyuarat Khazanah Nasional Bhd, cabang pelaburan kerajaan yang memiliki 42 peratus Proton pada minggu lepas menyatakan bahawa tiada keputusan itu dibuat untuk mengetepikan Tengku Mahaleel.Pada Jumaat lepas, pihak media melaporkan bahawa Tengku Mahaleel telah diberikan satu surat tunjuk sebab kerana mengkritik dasar automotif kerajaan dan beliau telah diberikan satu minggu untuk menjawab surat itu.Dr Mahathir berkata, Azlan yang bertemunya
hari Selasa tidak menyatakan apa-apa mengenai langkah untuk mengenepikan Tengku Mahaleel.Kontroversi itu muncul apabila Tengku Mahaleel yang bercakap dalam satu temubual dengan sebuah akhbar berbahasa Cina Oriental Daily menyatakan bahawa Proton telah diberilayanan tidak adil oleh kerajaan di bawah satu dasar yang tidak telus dan didiskriminasi.Beliau juga marah kerana kritikan terhadap Proton oleh ahli-ahli politik dan pegawai-pegawai kerajaan."Para pembuat dasar di negara ini hendaklah meniru China ketika membentuk dasar automobil nasional.


China terkemudian menyertai industri automobil tetapi dasar automobilnya mendahului dasar kita... Di Malaysia, projek kereta nasional kita kini telah berusia lebih 20 tahun tetapi kita masih belum tahu bagaimana untuk memajukannya. Ini masalah serius," kata Tengku Mahaleel kepada akhbar itu.Mengenai spekulasi bahawa Tengku Mahaleel telah diminta untuk berhenti,
Dr Mahathir berkata: "Beliau (Tengku Mahaleel) tidak memberitahu saya bahawa beliau telah diminta (berbuat demikian) dan Azlan tidak juga memberitahu saya bahawa beliau telah meminta (Tengku Mahaleel untuk berhenti).""Sejauh yang saya tahu, Mahaleel tidak diminta untuk berhenti," kata Dr Mahathir.Ketika diminta untuk mengulas mengenai langkah Tengku Mahaleel untuk bertemu media untuk mengkritik dasar automobil kerajaan dan layanan tidak adil terhadap Proton, Dr Mahathir berkata "ianya (langkah Tengku Mahaleel) adalah sesuatu yang dijangkakan daripada seorang CEO dan malah daripada seorang pengerusi sesebuah syarikat.


Dr Mahathir berkata, beliau tidak mempertahankan Tengku Mahaleel, "tetapi malah melindungi Proton seperti yang dijangkakan sebagai seorang penasihat.""Tanggungjawab saya ialah memastikan Proton mendapat layanan yang adil," katanya.Ketika menjawab pelbagai kritik termasuk daripada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Rafidah Aziz bahawa Proton mencatatkan prestasi ekport yang buruk, bekas perdana menteri itu berkata, ketika syarikat itu mengalami kerugian semasa mula-mula memasuki pasaran
British, ia tidak membuat penipuan perisytiharan seperti yang dilakukan kereta Korea Selatan ketika memasuki Malaysia.Katanya, beliau telah beberapa kali meminta Rafidah untuk memeriksa mengenai perbuatan penipuan perisytiharan oleh kereta Korea Selatan sejak semasa beliau menjadi perdana menteri dan tiga bulan lepas.

Beliau berkata, menteri itu tidak membuat sebarang percubaan untuk menyiasat dan kereta itu terus diimport di bawah kos bahan-bahan mentahnya.Menurutnya, salah satu model kereta Korea Selatan itu telah diimport pada harga pendaratan sebanyak RM11,000 setiap sebuah yang tidak masuk akal kerana dalam tahun 1982, kos pengeluaran kereta Proton ketika itu ialah sebanyak RM14,000.Beliau berkata, semasa Proton memilih untuk mencatatkan kerugian di
U.K. pada waktu itu, langkah itu bukannya hasrat (untuk rugi) bagi selama-lamanya.Dr Mahathir juga mempersoalkan cara AP dikeluarkan di mana terdapat beberapa kategori AP, yang termasuk bagi kereta yang ditala khas."Saya terkejut bahawa 67,000 AP dikeluarkan pada tahun lepas, hanya 12,600 telah diberikan kepada 82 buah syarikat manakala 54,400 AP telah diberikan kepada 20 buah syarikat lain."Ini tidak dilakukan dalam semangat untuk memupuk keusahawanan Bumiputera di mana ia (langkah mengeluarkan AP) sepatutnya memberi faedah kepada bilangan besar rakyat berbanding dengan memberi tumpuan kepada beberapa pihak sahaja," katanya.

Selain itu, beliau terdengar bahawa beberapa pihak sedang mencari kesempatan untuk membeli kepentingan dalam Proton, terutama sakali sebahagian ekuiti yang dipegang oleh Khazanah Nasional Bhd.Katanya, Khazanah Nasional hanya mempunyai masa sehingga akhir tahun ini untuk menjual ekuiti 17 peratus yang telah dibelinya daripada Mitsubishi dari Jepun kerana saham-saham yang telah diperolehi dari pembuat kereta Jepun itu melepasi tahap yang menghendakinya melakukan tawaran am mandatori.Satu tawaran am mandatori dihidupkan apabila ekuiti sesebuah pemegang saham dalam sesebuah syarikat meningkat kepada lebih 33 peratus.Dr Mahathir berkata beliau pada mulanya cuba untuk tidak membuat sebarang ulasan mengenai isu itu tetapi malangnya "nama saya telah diseret oleh sesetengah orang untuk menghalalkan perbuatan mereka dan saya perlu menjelaskan sedikit proses kerajaan supaya kita fahami apa yang berlaku.""Walaupun saya telah dilabelkan sebagai seorang diktator oleh pihak akhbar tetapi para menteri agak bebas untuk mengambil tindakan sendiri jika mereka merasakan tindakan itu dihalalkan."Sebagai contoh, katanya, ialah keputusan bagi sesebuah kereta perlu mempunyai 40 peratus kandungan tempatan untuk layak menjadi produk nasional bagi mendapat akses bebas cukai ke Kawasan Perdagangan Bebas Cukai (Afta)."Keputusan itu tidak dibuat oleh Kabinet.""Kabinet tidak mengetahui mengenainya sehingga kami diberitahu mengenainya dan kami perlu menyokongnya kerana ia adalah satu komitmen yang dibuat oleh seorang menteri yang bertanggung jawab."Malangnya, industri auto kita telah maju kepada satu peringkat di mana kandungan lebih 80 peratus (disifatkan) sebagai produk tempatan dan disebabkan itu kos kita menjadi semakin tinggi," katanya.Dengan itu, Dr Mahathir berkata, adalah tidak adil untuk membandingkan kandungan tempatan 80 peratus sebagai kereta nasional (dalam kes Proton) berbanding dengan 40 peratus sebagai nasional (bagi kereta lain)."Kita mempunyai kelebihan yang ketara dan disebabkan itu kita telah memohon supaya aplikasi perjanjian ini (untuk meliberalisasikan kereta import di bawah Afta) ditangguhkan untuk tempoh dua tahun lagi.""Ini telah mewujudkan banyak masalah.

Rakan kita dalam Afta tidak gembira," katanya."Ianya adalah sama dengan keputusan untuk menjadi sesebuah kereta sebagai kereta nasional. Ia tidak memerlukan kelulusan saya. Sememangnya saya tidak dapat mengingati pemberian sebarang kelulusan terhadap sebarang kelulusan bahawa sesuatu kereta disifatkan sebagai kereta nasional," katanya ketika mengulas kenyataan Rafidah bahawa Naza Ria, sebuah kenderaan pelbagai guna yang dipasang di Malaysia, diberi status kereta nasional oleh Dr Mahathir semasa beliau menjadi perdana menteri."Saya telah diberitahu bahawa kandungan tempatannya hanya 18 peratus. Saya hanya mengetahui mengenai perkara ini selepas saya melancarkan kereta ini (Naza Ria) dan selepas saya mendapatkan maklumat dalam kabinet kemudiannya saya diberitahu bahawa ia hanya 18 peratus."Selepas melancarkannya, tiada cara untuk menarik balik (tetapi) satu-satunya cara yang boleh kita lakukan ialah dengan meminta syarikat itu meningkatkan kandungan tempatannya dengan segera agar ia melebihi 50 peratus. Jadi kereta itu kekal sebuah kereta nasional," katanya mengenai Naza Ria yang dipasang oleh kumpulan Naza.


Dr Mahathir berkata, beliau mempercayai bahawa kandungan tempatan Naza Ria telah meningkat."Saya tidak tahu banyak mana tetapi ia telah meningkat pada kadar yang besar dan ia kekal diklasifikasikan sebagai kereta nasional," katanya."Sebab ia disifatkan (sebuah kereta nasional) adalah disebabkan ia bukan sebuah kereta penumpang. Ianya adalah kenderaan pelbagai guna dan dengan itu ia tidak sepatutnya bersaing dengan kereta nasional.""Tetapi untuk menyatakan bahawa saya meluluskannya atau Kabinet meluluskannya tidak berapa tepat kerana prosedurnya ialah menteri berkenaan membuat keputusan dan Kabinet diberitahu kemudiannya," kata Dr Mahathir.

Portal Pandan Mewah
Pandan Mewah Portal For all