Monday, July 11, 2005

Tan Sri Mahaleel dan proton


Penasihat Proton Tun Dr Mahathir Mohamad hari Selasa mempertahankan ketua pegawai eksekutif (CEO)nya Tengku Tan Sri Mahaleel Tengku Ariff yang dilaporkan menghadapi masalah kerana mengkritik dasar automotif kerajaan.Bercakap di satu sidang akhbar yang dihadiri ramai pemberita, bekas perdana menteri itu berkata, Tengku Mahaleel bertanggung jawab untuk melindungi pembuat kereta nasional itu.Beliau juga berkata bahawa tiada langkah untuk mengetepikan Tengku Mahaleel sebagai CEO dan juga tiada pengeluaran surat tunjuk sebab diberikan kepadanya, seperti yang dilaporkan secara meluas dalam media sejak beberapa hari lepas.


Dr Mahathir juga mempersoalkan cara Permit Kelulusan Untuk Mengimport (AP) dikeluarkan sejak kebelakangan ini untuk membawa masuk kereta-kereta import, sambil menyatakan tumpuan diberikan kepada beberapa buah syarikat berbanding kepada bilangan yang lebih banyak dan ini bertentangan dengan semangat untuk memupuk keusahawanan Bumiputera.Dr Mahathir yang mengilhamkan kewujudan proton yang kini berusia 20 tahun Isnin telah menemui pengerusi Proton Datuk Azlan Hashim di mana beliau telah cuba mendapatkan gambaran yang lebih jelas kontroversi yang berkisar sekitar Tengku Mahaleel.



Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mempengerusikan satu mesyuarat Khazanah Nasional Bhd, cabang pelaburan kerajaan yang memiliki 42 peratus Proton pada minggu lepas menyatakan bahawa tiada keputusan itu dibuat untuk mengetepikan Tengku Mahaleel.Pada Jumaat lepas, pihak media melaporkan bahawa Tengku Mahaleel telah diberikan satu surat tunjuk sebab kerana mengkritik dasar automotif kerajaan dan beliau telah diberikan satu minggu untuk menjawab surat itu.Dr Mahathir berkata, Azlan yang bertemunya
hari Selasa tidak menyatakan apa-apa mengenai langkah untuk mengenepikan Tengku Mahaleel.Kontroversi itu muncul apabila Tengku Mahaleel yang bercakap dalam satu temubual dengan sebuah akhbar berbahasa Cina Oriental Daily menyatakan bahawa Proton telah diberilayanan tidak adil oleh kerajaan di bawah satu dasar yang tidak telus dan didiskriminasi.Beliau juga marah kerana kritikan terhadap Proton oleh ahli-ahli politik dan pegawai-pegawai kerajaan."Para pembuat dasar di negara ini hendaklah meniru China ketika membentuk dasar automobil nasional.


China terkemudian menyertai industri automobil tetapi dasar automobilnya mendahului dasar kita... Di Malaysia, projek kereta nasional kita kini telah berusia lebih 20 tahun tetapi kita masih belum tahu bagaimana untuk memajukannya. Ini masalah serius," kata Tengku Mahaleel kepada akhbar itu.Mengenai spekulasi bahawa Tengku Mahaleel telah diminta untuk berhenti,
Dr Mahathir berkata: "Beliau (Tengku Mahaleel) tidak memberitahu saya bahawa beliau telah diminta (berbuat demikian) dan Azlan tidak juga memberitahu saya bahawa beliau telah meminta (Tengku Mahaleel untuk berhenti).""Sejauh yang saya tahu, Mahaleel tidak diminta untuk berhenti," kata Dr Mahathir.Ketika diminta untuk mengulas mengenai langkah Tengku Mahaleel untuk bertemu media untuk mengkritik dasar automobil kerajaan dan layanan tidak adil terhadap Proton, Dr Mahathir berkata "ianya (langkah Tengku Mahaleel) adalah sesuatu yang dijangkakan daripada seorang CEO dan malah daripada seorang pengerusi sesebuah syarikat.


Dr Mahathir berkata, beliau tidak mempertahankan Tengku Mahaleel, "tetapi malah melindungi Proton seperti yang dijangkakan sebagai seorang penasihat.""Tanggungjawab saya ialah memastikan Proton mendapat layanan yang adil," katanya.Ketika menjawab pelbagai kritik termasuk daripada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Rafidah Aziz bahawa Proton mencatatkan prestasi ekport yang buruk, bekas perdana menteri itu berkata, ketika syarikat itu mengalami kerugian semasa mula-mula memasuki pasaran
British, ia tidak membuat penipuan perisytiharan seperti yang dilakukan kereta Korea Selatan ketika memasuki Malaysia.Katanya, beliau telah beberapa kali meminta Rafidah untuk memeriksa mengenai perbuatan penipuan perisytiharan oleh kereta Korea Selatan sejak semasa beliau menjadi perdana menteri dan tiga bulan lepas.

Beliau berkata, menteri itu tidak membuat sebarang percubaan untuk menyiasat dan kereta itu terus diimport di bawah kos bahan-bahan mentahnya.Menurutnya, salah satu model kereta Korea Selatan itu telah diimport pada harga pendaratan sebanyak RM11,000 setiap sebuah yang tidak masuk akal kerana dalam tahun 1982, kos pengeluaran kereta Proton ketika itu ialah sebanyak RM14,000.Beliau berkata, semasa Proton memilih untuk mencatatkan kerugian di
U.K. pada waktu itu, langkah itu bukannya hasrat (untuk rugi) bagi selama-lamanya.Dr Mahathir juga mempersoalkan cara AP dikeluarkan di mana terdapat beberapa kategori AP, yang termasuk bagi kereta yang ditala khas."Saya terkejut bahawa 67,000 AP dikeluarkan pada tahun lepas, hanya 12,600 telah diberikan kepada 82 buah syarikat manakala 54,400 AP telah diberikan kepada 20 buah syarikat lain."Ini tidak dilakukan dalam semangat untuk memupuk keusahawanan Bumiputera di mana ia (langkah mengeluarkan AP) sepatutnya memberi faedah kepada bilangan besar rakyat berbanding dengan memberi tumpuan kepada beberapa pihak sahaja," katanya.

Selain itu, beliau terdengar bahawa beberapa pihak sedang mencari kesempatan untuk membeli kepentingan dalam Proton, terutama sakali sebahagian ekuiti yang dipegang oleh Khazanah Nasional Bhd.Katanya, Khazanah Nasional hanya mempunyai masa sehingga akhir tahun ini untuk menjual ekuiti 17 peratus yang telah dibelinya daripada Mitsubishi dari Jepun kerana saham-saham yang telah diperolehi dari pembuat kereta Jepun itu melepasi tahap yang menghendakinya melakukan tawaran am mandatori.Satu tawaran am mandatori dihidupkan apabila ekuiti sesebuah pemegang saham dalam sesebuah syarikat meningkat kepada lebih 33 peratus.Dr Mahathir berkata beliau pada mulanya cuba untuk tidak membuat sebarang ulasan mengenai isu itu tetapi malangnya "nama saya telah diseret oleh sesetengah orang untuk menghalalkan perbuatan mereka dan saya perlu menjelaskan sedikit proses kerajaan supaya kita fahami apa yang berlaku.""Walaupun saya telah dilabelkan sebagai seorang diktator oleh pihak akhbar tetapi para menteri agak bebas untuk mengambil tindakan sendiri jika mereka merasakan tindakan itu dihalalkan."Sebagai contoh, katanya, ialah keputusan bagi sesebuah kereta perlu mempunyai 40 peratus kandungan tempatan untuk layak menjadi produk nasional bagi mendapat akses bebas cukai ke Kawasan Perdagangan Bebas Cukai (Afta)."Keputusan itu tidak dibuat oleh Kabinet.""Kabinet tidak mengetahui mengenainya sehingga kami diberitahu mengenainya dan kami perlu menyokongnya kerana ia adalah satu komitmen yang dibuat oleh seorang menteri yang bertanggung jawab."Malangnya, industri auto kita telah maju kepada satu peringkat di mana kandungan lebih 80 peratus (disifatkan) sebagai produk tempatan dan disebabkan itu kos kita menjadi semakin tinggi," katanya.Dengan itu, Dr Mahathir berkata, adalah tidak adil untuk membandingkan kandungan tempatan 80 peratus sebagai kereta nasional (dalam kes Proton) berbanding dengan 40 peratus sebagai nasional (bagi kereta lain)."Kita mempunyai kelebihan yang ketara dan disebabkan itu kita telah memohon supaya aplikasi perjanjian ini (untuk meliberalisasikan kereta import di bawah Afta) ditangguhkan untuk tempoh dua tahun lagi.""Ini telah mewujudkan banyak masalah.

Rakan kita dalam Afta tidak gembira," katanya."Ianya adalah sama dengan keputusan untuk menjadi sesebuah kereta sebagai kereta nasional. Ia tidak memerlukan kelulusan saya. Sememangnya saya tidak dapat mengingati pemberian sebarang kelulusan terhadap sebarang kelulusan bahawa sesuatu kereta disifatkan sebagai kereta nasional," katanya ketika mengulas kenyataan Rafidah bahawa Naza Ria, sebuah kenderaan pelbagai guna yang dipasang di Malaysia, diberi status kereta nasional oleh Dr Mahathir semasa beliau menjadi perdana menteri."Saya telah diberitahu bahawa kandungan tempatannya hanya 18 peratus. Saya hanya mengetahui mengenai perkara ini selepas saya melancarkan kereta ini (Naza Ria) dan selepas saya mendapatkan maklumat dalam kabinet kemudiannya saya diberitahu bahawa ia hanya 18 peratus."Selepas melancarkannya, tiada cara untuk menarik balik (tetapi) satu-satunya cara yang boleh kita lakukan ialah dengan meminta syarikat itu meningkatkan kandungan tempatannya dengan segera agar ia melebihi 50 peratus. Jadi kereta itu kekal sebuah kereta nasional," katanya mengenai Naza Ria yang dipasang oleh kumpulan Naza.


Dr Mahathir berkata, beliau mempercayai bahawa kandungan tempatan Naza Ria telah meningkat."Saya tidak tahu banyak mana tetapi ia telah meningkat pada kadar yang besar dan ia kekal diklasifikasikan sebagai kereta nasional," katanya."Sebab ia disifatkan (sebuah kereta nasional) adalah disebabkan ia bukan sebuah kereta penumpang. Ianya adalah kenderaan pelbagai guna dan dengan itu ia tidak sepatutnya bersaing dengan kereta nasional.""Tetapi untuk menyatakan bahawa saya meluluskannya atau Kabinet meluluskannya tidak berapa tepat kerana prosedurnya ialah menteri berkenaan membuat keputusan dan Kabinet diberitahu kemudiannya," kata Dr Mahathir.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Portal Pandan Mewah
Pandan Mewah Portal For all